EDD : 10/12/2019, selasa.
Semalam, sebab dah sampai due tapi belum ada sebarang tanda, makanya kita kena ke klinik la..
Mami Ihsan ni checkup antenatal kat klinik swasta, tapi bila dah balik kampung ni, terpaksa la sambung ke klinik kerajaan. Sebab dah overdue kan..
Bagi yang akan menghadap pengalaman yang sama, mula-mula call Klinik Desa (KD) mukim korang, set appointment. Kalau yang balik awal pun, boleh je set untuk final checkup. Lepas tu bawak buku pink, datang je masa appointment.
Mami Ihsan ke KD Sg. Gau. Gerak dari rumah pukul 8.30. 5 minit je dari rumah. Masa kat sana, dia cek macam biasa, berat, tekanan darah, heart rate baby lepas tu tengok progress kandungan kita. First time kena ukur perut, sebab kat klinik biasa tak ada ambil ukuran perut. Nurse kat situ K.Yati, friendly sangat. Dia terus refer doktor kat Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA) Temerloh untuk kes ni. Doktor suruh ke KKIA untuk scan, sebab KD tak ada mesin scan & doktor. K. Yati siap cerita satu-satu apa kena buat lepas tu. KD memang tak ramai orang, jadi ada banyak masa nak beramah mesra. Dia siap cerita macamana dia boleh jadi nurse lagi sambil-sambil dia cek. Masa kitorg datang tu pun, kitorg orang last dari 3 pesakit. π
K. Yati siap bagi no telefon dia & klinik untuk dihubungi. 24jam oncall. π
Lepas siap semua, terus ke KKIA Temerloh, dekat tepi Sungai Pahang tu. Sampai KKIA pukul 10pagi macam tu. Abah Ihsan turunkan dekat depan pagar sebab nak cari parking. Maka berjalan la mak buyung ke dalam. Macam K.Yati cerita, mula-mula jumpa klinik gigi, jalan terus jumpa 2 bangunan, kanan KKIA. Tapi kena daftar kat bangunan sebelah kiri. Mula-mula nampak bahagian kemalangan & kecemasan, pelik dah, kenapa nak kena daftar dalam tu. Sebab kat sebelah situ tak ada signage PENDAFTARAN atau mungkin mak buyung ni yang tak nampak, maka melilau la dulu. Tanya dekat pelawat yg kat tengah tunggu kat luar tu, rupanya kena ke depan sikit, ada 1 lorong ke bahagian pendaftaran pesakit luar. Ada 2 kaunter, pesakit kencing manis, darah tinggi etc & ibu mengandung. Letak je buku pink dalam bakul kat kaunter, nanti nurse akan panggil nama. Lepas dapat nombor, baru boleh ke KKIA pulak. Sekejap je sebab dalam bakul tu ada 1 je buku.
Masuk KKIA, terus letak buku dalam bakul kat kaunter KKIA pulak. Lepas tu tunggu giliran. Kalau kena ambil darah & buat test lain, kena tunggu nurse panggil masuk bilik 1 or 2, ni nurse panggil guna mic, kena alert sebab speaker bergema. Kalau jumpa doktor, terus ke bilik 3, ni nurse panggil tanpa speaker. Kat sini ramai orang, tapi alhamdulillah kerusi banyak & tak de la sampai kena berdiri. Kipas pun banyak & berfungsi. Siap ada kipas industri. Tunggu tak lama sangat sebab terus jumpa doktor je.
Dalam 30min lebih tunggu, terus nurse panggil masuk. Suami boleh ikut masuk untuk scan. Scan kali ni beza sikit.. berat baby 2.9-3kg. Tak tahu la berat baby masa keluar nanti berapa. baby masih belum engage sepenuhnya, masih separuh kepala. Doktor tanya pasal keputihan, terus kena ambil sample takut ada GBS. Apa tu GBS? Bukan Geng Bas Sekolah tau. Google la dulu ye. Nanti kita cerita kat entri lain. Overall, baby ok, jadi doktor bagi tarikh serah diri 39w+6days iaitu lagi 6 hari start hari esok, jadinya 16/12/2019 pagi kena serah diri ke hospital.
Lepas jumpa doktor, susulan GBS tadi, kena hantar sample keputihan tadi ke makmal, tapi result tak dapat terus, nanti KKIA bagi kat KD. Lepas tu kena hantar sample air kencing hari khamis atau jumaat pagi sebab dah lewat jadi tak boleh dah hantar sample air kencing. pembantu makmal akan bagi botol dan borang sekali, untuk kita ambil sample kat rumah siap-siap. Hantar sample je, tak perlu datang checkup dah, mintak suami je hantarkan. Result keputihan & air kencing tu nanti KKIA hantar ke hospital terus untuk tindakan doktor masa bersalin nanti. Lepas tu doktor suruh ambil ubat kat farmasi. Suami boleh pergi ambil nombor dulu kat farmasi, sementara isteri tunggu giliran jumpa nurse kat luar.
Masa ni nurse bagitahu, apa kita kena buat lepas tu. Macam kes mami Ihsan, ni K.Yati pun dah bagitahu benda yang sama.
Kena datang KD setiap 2 hari, iaitu 12/12/2019(khamis) & 14/12/2019(sabtu).
Kena terus serah diri ke HOSHAS 16/12/2019 pagi, kalau masih belum ada tanda-tanda bersalin.
Kalau ada sebarang tanda bersalin (turun darah, keluar air @ sakit), terus ke hospital, jangan ke KD dah.
π Ni lah ubat untuk GBS tu. Kena masukkan dalam vagina sedalam yang mungkin. Buat sebelum tidur. Lepas dah masukkan, kena tunggu sekurangnya setengah jam, kalau terpaksa bangun. Ni untuk kes nak terkencing, biasalah bila mengandung, tandas tu dah jadi sahabat baik. Sebab tu setelkan semua sebelum masukkan ubat.
πNi plan doktor untuk overdue & GBS case mami ihsan.
No comments:
Post a Comment