Fuh.. dah lepas due 2 hari..
Hari ni 12/12/2019.. Ihsan belum nak keluar lagi.. Semua duk memujuk dia untuk keluar cepat. Perut makin menekan kebawah, makin sakit sekitar kemaluan dan makin susah nak bangun duduk bila baring..
Pagi-pagi mak bagi sebotol air yasin, moga mudah bersalin. Macam air selusuh je mak bagi tu..😅
Seperti dimaklumkan, Ke KD la kita hari ni, lepas tu ke KKIA hantar sample air kencing untuk screening GBS.
Pukul 8.30 dah keluar ke KD, rileks je sebab KD biasanya tak ramai orang. Lagipun plan nak jejalan lepas siap semua.
Memang sungguh taknramai orang, kami orang pertama, KD pn batu bukak..
K. Yati KD Gau tanya tak beranak lagi..😅
Macam diberitahu sebelum ni, dia cuma nak cek heart rate bayi.. Tu paling penting untuk yang overdue. Alhamdulillah, ok. Lepas tu ambil BP.
K.Yati tengok rekod, ada GBS test buat masa check EDD kat KKIA Temerloh. Dia cakap paling tidak seminggu baru tahu result. Entah-entah awak dah bersalin dulu pun...😅(masin la mulut dia... Amin~)
Lepas tu set appointment untuk next checkup, hari sabtu, 14/12/2019, kalau belum bersalin. Sepatutnya klinik tutup. Tapi kalau ada kes, based on appointment macam ni, dia bukak untuk handle kes je.
Lepas dah siap semua, kita ke KKIA hantar sample air kencing untuk screening GBS macam yang diminta haritu. Abah Ihsan terpaksa parking jauh sikit, lepas tu dia paksa Mami jalan. Kata nak jejalan kan..😅
Hantar je kat kaunter makmal, lepas tu siap. Siap semua pukul 9. Semua tempat mesti tak bukak lagi. Nak pergi makan prosperity pun belum lunch time lagi. Maka, kita balik dulu la..
Sampai rumah, kita main-main dengan gym ball dulu. Main sampai bosan. Masa ni pun dah tak larat & asyik nak tidur je. Tapi perut tak selesa. Asyik mengeras je. Nak kira baby kicking pun susah.
Tepat pukul 11 kita keluar semula, memang niat nak ke McDonald's sebab nak makan prosperity. Kalau tetiba bersalin, nak tunggu habis pantang, dah habis musim dah. Lagipun orang kata, nak cepat bersalin, makan pedas. Redah je la kita pun. Alhamdulillah settle craving. Lepas tu ke Temerloh Mall, nak beli nenas. Nenas murah nya la hai.. RM2.99/biji untuk nenas madu & nenas biasa. Kita amik nenas madu, sedap sikit..😂
Balik rumah terus slow juicer jus nenas petang tu. Sebiji dapat segelas, minum sampai habis.
Malam, masuk tidur awal, lepas maghrib dah tidur. Hujung-hujung ni mengantuk makin menjadi-jadi. Sebab bila dah tidur, setiap sejam terpaksa bangun buang air. Sebelum tidur duk pujuk Ihsan suh keluar awal. Kut dia tunggu hari Jumaat ke, sebab Mami dia pun lahir Jumaat.. 😂
Bersambung...
Berjaya juga makan prosperity mcdonalds 👇
Notakakitangan: lupa nak ke pejabat pos. Ingatkan nak pos surat mc & claim medical. Terpaksa pos sebab nak tutup akaun untuk site lama. Sebab tarikh tu sebelum tarikh Mami kena transfer site baru.


