Monday, May 11, 2015

TTC #02: Buka Fail & Ujian Sperma

Assalamualaikum..

Hari ini 11 Mei. Hari yang ditunggu dah tiba. Bukan main semalam nak bangun awal, siap kunci jam lagi. Tapi lambat jugak sebab semalam En. Suami buat apa entah masuk tidur lambat sangat, bangun pun ikut waktu biasa.

Kami gerak dari rumah jam 7.30pagi. Naik motor je sebab nak elak jem. Kalau naik motor jugak, mahu berkelah tepi jalan je dulu. Sampai ke LPPKN Jalan Raja Laut tepat jam 8.00pagi. Terus masuk parking motor bawah Hotel Quality, RM2/entry. Masa ni dah risau sebab LPPKN buka jam 7.30pagi. Risau kalau dah ramai orang. Sebab pernah baca masa blogwalking, dia datang jam 9, siap semua jam 2 petang. Dalam hati doa tak ramai orang.


Map of Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (lppkn)

Lepas tu, terus ke lobi lif. Sebelum naik lif, kena daftar pelawat dengan pengawal bertugas. Masa tulis nama tu, tengok dah no 13. Dalam hati tawakal kena tunggu lama sebab dah ramai. Terlupa pula yang bukan pasangan baru kali pertama je yang datang, ada juga yang datang untuk follow up.

Terus naik tingkat 6, klinik fertiliti. Masuk je klinik kena daftar untuk buka fail. Masa tu, SN (staff nurse) akan semak nama kalau memang kita pernah call untuk temujanji. Kami disuruh isi borang pendaftaran; nama, alamat, no telefon, hari pertama period terakhir dan kumpulan darah berserta rhesus. Kalau tak tahu kumpulan darah, nanti masa ujian darah dia akan cek.

Lepas dah isi borang, SN akan buka fail dan print sticker label fail. SN akan suruh kita semak butiran atas sticker, dan saya tengok nama isteri lagi banyak dari nama suami. Nama suami ada 3 ke 4 keping je. Nama isteri lebih dari sedozen. Petanda banyak ujian nak kena buat tu..:) Masa daftar tu, ambil no giliran. Alhamdullian dapat no 505. Maksudnya tak adalah ramai sangat.

Lepas siap daftar, En. Suami disuruh ke tingkat 7 untuk ujian sperma. SN siap pesan kalau tak boleh, nanti boleh call isteri untuk tolong. Tapi saya yakin suami boleh.. :) Segan la nak naik tolong suami. Huhu...

Masa En suami naik, saya dipanggil SN untuk sesi temubual. Kena timbang berat dan ukur tinggi. SN kat dalam ni semua perempuan. Soalan yang ditanya semua soalan biasa. Sejarah penyakit (kalau ada), berapa kali bersama dalam seminggu, pasal kitaran haid. Lepas tu SN pesan, bila En Suami dah turun, suruh rehat 10minit, lepas tu bawa dia masuk untuk sesi temubual suami pula.

En suami turun lepas setengah jam. Dia kata masa nak masuk tak ramai, bila dia keluar beratur menunggu. Ada yang bawa isteri untuk tolong. Agaknya sebab tu jumlah temujanji sehari dihadkan,sebab nak buat ujian ni makan masa. :)

Lepas dah cukup 10minit, saya terus bawa En Suami jumpa SN. soalan sama ditanya. Lepas tu, SN suruh pergi rehat, datang balik lepas sejam. Memandangkan sejam tu agak lama, maka kami berdua ke cafe di sebelah bangunan MARA. Tepat sejam, terus naik ke klinik semula.

Tunggu dalam setengah jam lagi, baru nama kami dipanggil. (Di sini, dia akan sebut nama isteri, Pn... Dan suami. Macam semua rekod atas nama isteri bukan suami. ) SN bagitahu keputusan ujian sperma dan terangkan prosedur seterusnya. Alhamdulillah sperm count ok. En Suami dah tarik nafas lagi. Dia risau sebab dia banyak ambil supplemen untuk buat badan masa sebelum kahwin.

SN bagi satu buku kecil untuk rekod rawatan dan satu surat untuk buat HSG X-ray. Surat tu untuk buat di Klinik Daya, tapi dia maklumkan boleh buat di klinik lain sebab Klinik Daya, doktor pemeriksa doktor lelaki.

 
==Ini buku rawatan==

Untuk step seterusnya,
1. Hari pertama period, kena call klinik yang kita nak untuk HSG X-ray.
2. Antara hari ke 2-5, datang untuk ujian darah. Masa ni terus datang je ke LPPKN, tak perlu call untuk temujanji dah.
3. Lepas da bersih, antara hari ke 10-12, kena ke klinik untuk HSG X-ray.
4. Hari ke21, datang sekali lagi untuk ujian darah.

Lepas dah siap sesi penerangan, kena tunggu sekali lagi untuk bayar rawatan hari ini. Jumlah semua RM 65. (konsultasi RM40, Ujian Sperma RM25). Murah la kan dari buat di hospital swasta?

 
==ini jumlah bayaran hari ini==

 
Itu sahaja yang perlu buat untuk hari ini. Jam 12.00 macam tu semua dah siap. Alhamdulillah. Rasa macam nak masuk kerja balik, ambil half day  je, tapi kesian En Suami. Ikut perancangan nak berjalan-jalan di Jalan TAR, tapi En Suami pula macam tak selesa sebab belum 'mandi'. Jadi kami terus balik je..=)

P/s :- saya tengah survey klinik yang menyediakan perkhidmatan HSG X-ray dengan harga paling murah. Ikut SN tu cakap, harga dalam range RM180-RM200.

TTC #01 : Temujanji Rawatan

Assalamualaikum...
Ceritanya bermula dari tahun lepas. Setelah hampir setahun berkahwin tetapi masih lagi berdua, ibu mertuaku cadangkan untuk buat rawatan kehamilan. Untung ada ibu mertua sporting ni.. :)

Ibu mertua saya pun dulu buat rawatan juga, dengan Dr. Ismail Thambi lagi... ( jarak antara suami saya dan adik dia +- 5 tahun). Sebab tu ibu mertua saya bagi sokongan penuh lagi padu supaya kami berdua jalani rawatan kehamilan. Sebenarnya dia dah tak sabar nak jadi nenek. Dia siap dah letak nama untuk cucu pertama tak kira dari anak yang mana pun. Memandangkan cuma kami je yang dah berkahwin, maka harapannya pada kami berdua je la. Kami berdua anak sulung (dan saya sendiri cucu sulung :).

Tetapi saya masih lagi menunggu sehingga genap setahun usia perkahwinan kami. ( sebab saya dengar orang kata doktor cadangkan lepas setahun kalau tak ada anak lagi baru boleh buat rawatan. Entah betul ke tidak)
Akhirnya saya pun google dan blogwalking pasal TTC (Trying-to-conceive). Ada juga saya bertanya pada senior. Setelah mengambil kira aspek kewangan dan masa, saya memilih untuk ke LPPKN. Saya rasa sama je rawatannya dimana2 pun, tetap kena ikut kalendar period perempuan juga. Cuma bila buat temujanji pertama rawatan di LPPKN tu sahaja yang kena tunggu giliran.  Asalnya saya nak tanya klinik LPPKN Shah Alam sahaja, tapi akhirnya bila dah pindah ke Batu caves, LPPKN Jalan Raja Laut lagi dekat dengan rumah. Masa blogwalking pun, ada yang bagitahu cuma di sana je ada doktor sendiri, klinik lain semua dipinjam dari hospital. Dan lagi satu cuma beberapa klinik LPPKN @ NUR je yang ada sediakan rawatan kesuburan. Yang ini saya tak tau betul tak, sebab entry tu pun dah lama. Nanti la masa jumpa doktor saya tanyakan. InsyaAllah.

Akhirnya, masa period bulan mac 2015, saya pun hubungi LPPKN, harapnya dapat buat dalam masa period tu, rupanya dah penuh. Bila tanya kekosongan, paling awal pada 11 Mei. Sebab taknak bertangguh lagi, saya pun setuju sahaja. Sebab nak hubungi LPPKN ni bukan main susah lagi. 2 hari berturut saya call tak dijawab @ line busy. Bila dah confirm tarikh tu, terus saya diberitahu prosedur rawatan.

1. Buka fail dan interview
  - dia akan tanya sejarah kesihatan serba sedikit. Jangan lupa bawa IC suami isteri & kad / sijil nikah.

2. Ujian sperma
  - ditekankan untuk 'puasa' dari bersama selama min 3 hari, max 5 hari.

3. Bawa duit untuk bayaran rawatan
- bayaran untuk setiap kali datang rawatan sahaja. Sediakan jumlah mencukupi.

4. Untuk rawatan kali pertama ni, sila minta cuti (jika bekerja), sebab pihak LPPKN tak akan keluarkan timeslip atau mc slip.

Ini langkah paling awal sebelum mula rawatan. Untuk rawatan pertama saya akan cerita dalam entry seterusnya.

Bagi yang nak jalani rawatan di LPPKN:-
Klinik LPPKN
Bahagian Reproduksi Manusia
Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara
12B, Bangunan LPPKN
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur
Tel: 03-26937555

P/s : - Sila hubungi selepas waktu rehat tengahari. Pagi agaknya staf frontliner sibuk tak sempat jawab panggilan.

Sunday, March 8, 2015

01 : Garment steamer

Assalamualaikum...

Cerita pertama bermula dengan garment steamer.

Sebab sekarang tengah usha garment steamer terbaik yang ada kat pasaran.

Entah macamana boleh nak beli garment steamer..
Kebetulan seterika sedia ada tu asyik makan kain je.. lapar kot.. Kesian En Suami, saya tak boleh seterika baju dia.. Baju sendiri pun, gosok macam tak gosok, ini pula baju dia. Kes nya takut nak buka kuat2, sebab takut makan baju. Kalau ada garment steamer ni, baju dan seluar En Suami pun semua lendit je kan.. huhu

Sekarang ni asyik search review pasal ni je..
Hari tu jalan-jalan kat giant, jumpa jenama philips, RM257 kot harganya. Dah nak beli dah, tapi nasib baik teringat kitorang naik motor je waktu tu.. Huhu..

Semalam jejalan kat Prima Sri Gombak nak beli bunga letak kat rumah. Lepas tu En suami ajak pergi kedai barangan letrik. Dia pula excited nak beli...=)
Uncle kedai tu duk suh kitorang beli jenama firenzze, +-RM400.00. Katanya Firenzze jenama pertama yang buat garment steamer ni. Aku macam terberkenan jugak. Jenama ni macam ada banyak kelebihan sikit. Tapi setelah ditambah tolak darab bahagi, 'hold' dulu lah. Kalau beratus tu, kena lah beli yang terbaik, jadi kenalah survey lagi, ye dak...? huhu


Macam ni kut rupanya si firenzze tu. Ingat-ingat lupa dah. Banyak sangat makan semut ni..
 
Notakakitangan : Kalau ada garment steamer ni, senang la sikit saya nak heret ke bilik tamu. Sebab boleh menyetim sambil tengok drama korea. Muahaha...


Posting pertama lepas jadi Puan Isteri

Assalamualaikum...

Fuuhhh!!!
Humangaih...
Bersawang bagai dah blog ni..

Jenuh nak bersihkan balik ni..
Punyalah malas nak hupdate blog ni...

Agaknya kalau rumah betul ni mau orang kata rumah hantu... kihkih..
Ni first posting lepas dah jadi Puan Isteri kepada Encik Suami..

InsyaAllah, lepas ni akan cuba merajinkan diri untuk sentiasa hupdate...

Notakakitangan : blogwalking buat saya rasa rajin tangan nak menaip..