Assalamualaikum...
Ceritanya bermula dari tahun lepas. Setelah hampir setahun berkahwin tetapi masih lagi berdua, ibu mertuaku cadangkan untuk buat rawatan kehamilan. Untung ada ibu mertua sporting ni.. :)
Ibu mertua saya pun dulu buat rawatan juga, dengan Dr. Ismail Thambi lagi... ( jarak antara suami saya dan adik dia +- 5 tahun). Sebab tu ibu mertua saya bagi sokongan penuh lagi padu supaya kami berdua jalani rawatan kehamilan. Sebenarnya dia dah tak sabar nak jadi nenek. Dia siap dah letak nama untuk cucu pertama tak kira dari anak yang mana pun. Memandangkan cuma kami je yang dah berkahwin, maka harapannya pada kami berdua je la. Kami berdua anak sulung (dan saya sendiri cucu sulung :).
Tetapi saya masih lagi menunggu sehingga genap setahun usia perkahwinan kami. ( sebab saya dengar orang kata doktor cadangkan lepas setahun kalau tak ada anak lagi baru boleh buat rawatan. Entah betul ke tidak)
Akhirnya saya pun google dan blogwalking pasal TTC (Trying-to-conceive). Ada juga saya bertanya pada senior. Setelah mengambil kira aspek kewangan dan masa, saya memilih untuk ke LPPKN. Saya rasa sama je rawatannya dimana2 pun, tetap kena ikut kalendar period perempuan juga. Cuma bila buat temujanji pertama rawatan di LPPKN tu sahaja yang kena tunggu giliran. Asalnya saya nak tanya klinik LPPKN Shah Alam sahaja, tapi akhirnya bila dah pindah ke Batu caves, LPPKN Jalan Raja Laut lagi dekat dengan rumah. Masa blogwalking pun, ada yang bagitahu cuma di sana je ada doktor sendiri, klinik lain semua dipinjam dari hospital. Dan lagi satu cuma beberapa klinik LPPKN @ NUR je yang ada sediakan rawatan kesuburan. Yang ini saya tak tau betul tak, sebab entry tu pun dah lama. Nanti la masa jumpa doktor saya tanyakan. InsyaAllah.
Akhirnya, masa period bulan mac 2015, saya pun hubungi LPPKN, harapnya dapat buat dalam masa period tu, rupanya dah penuh. Bila tanya kekosongan, paling awal pada 11 Mei. Sebab taknak bertangguh lagi, saya pun setuju sahaja. Sebab nak hubungi LPPKN ni bukan main susah lagi. 2 hari berturut saya call tak dijawab @ line busy. Bila dah confirm tarikh tu, terus saya diberitahu prosedur rawatan.
1. Buka fail dan interview
- dia akan tanya sejarah kesihatan serba sedikit. Jangan lupa bawa IC suami isteri & kad / sijil nikah.
2. Ujian sperma
- ditekankan untuk 'puasa' dari bersama selama min 3 hari, max 5 hari.
3. Bawa duit untuk bayaran rawatan
- bayaran untuk setiap kali datang rawatan sahaja. Sediakan jumlah mencukupi.
4. Untuk rawatan kali pertama ni, sila minta cuti (jika bekerja), sebab pihak LPPKN tak akan keluarkan timeslip atau mc slip.
Ini langkah paling awal sebelum mula rawatan. Untuk rawatan pertama saya akan cerita dalam entry seterusnya.
Bagi yang nak jalani rawatan di LPPKN:-
Klinik LPPKN
Bahagian Reproduksi Manusia
Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara
12B, Bangunan LPPKN
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur
Tel: 03-26937555
P/s : - Sila hubungi selepas waktu rehat tengahari. Pagi agaknya staf frontliner sibuk tak sempat jawab panggilan.

No comments:
Post a Comment