Tuesday, June 25, 2013

Projek DIY : Goodies Beg

Assalamualaikm...

Saya baru lepas survey beg cenderahati. Niat nya nak pakai beg waffle tu je. Go green okay. Ceh.

Ok, sebab saya nak pakai beg tu je sebab saya nak jimat. Ikutkan, abah punya jemputan sahaja dalam 2000 orang. Abah sangat ramai kawan. Dari utara ke selatan, timur ke barat, berapa ramai ntah kawan-kawan abah.  (Semenanjung je la. Sabah sarawak tu ada ke yang sanggup nak datang. Hehe..) Nak dijadikan cerita, saya ni anak sulung dan yang pertama kawen, so kena lah jemput semua. Taknak la nanti ada yang sakit-sakit hati tak dijemput pula.

Alasan ke2, biasanya beg ni diorang buang je nanti jugakkan. So lebih baik bagi yang tu je. Hias cantik-cantik nanti, nampak la ekslusif okeyh..

Untuk beg cenderahati nanti, adik saya yang incharge. Untuk idea asal, memang dari saya. Cuma die akan incharge untuk letak-letak barang dalam tu nanti. Saya design and pilih barang je. Untung saya ada ramai adik... Hehe..

Gambar kat atas ni belas ihsan google. So, tuan empunya, minta maaf ek amik tak bagitahu.

Kalau ikutkan memang da decide nak guna beg ni aje. Tapi mak pulak kata beg ni macam cepat koyak gitu. So ada idea tak untuk yang tahan sikit? Atau ada tak idea macamana nak elokkan dari cepat tembus?

notakakitangan : Saya ada jumpa yang besar sikit kat cowboy, tapi tak tau kertas dia sama ke tak. Nanti ak try dulu. Kalau ok, beli la kot.







Monday, June 24, 2013

Projek DIY : Bunga Felt 2 : Rosette

Assalamualaikum...

Hari ni nak cite pasal rozette penanggah. Ingat lagi tak pasal bunga felt aritu? Yang kat sini
Tadi duk kemas-kemas, mak pun suh siapkan. Memang nak jadikan rosette penanggah pun, cuma tak tau nak potong cantum dengan ape.

Akhirnya tadi duk brainstorm dengan mak and adikku atie, sambil-sambil menggogek-gogek (betulke? Haha... Kurang kosakata). Mula-mula nak guna button taruk kat tengah, tapi masa g survey aritu, ase cam mahal je.. Haha.. pengantin bajet memang camtu...

Bile da camtu, nak tampal kain felt je kat tengah. Potong bulat-bulat. Tapi felt biru abis pulak. Aritu memang da g KL, tapi bukan rezeki kut, maka tak sempat ke daiso, beli kain felt... Daiso, sebab selepas di timbang-timbang, kat situ paling murah.
  
Jadinya, tadi mak pun sibuk bagi idea juga. Cari punya cari, jumpa manik kristal mak. Manik ni lebih-lebih hasil masa mak tengah musim bunga manik kristal dulu. Kira-kira, ada 100++. Ok, Cukup.

Lepas tu godek-godek cari reben, sebab koleksi kat umah ni ada sikit je, cuba-cuba, macam cantik lak.

Yang keronsang tu memang da ada, lebih masa tunang aritu. 

Dikumpul-kumpul semua, maka dapatlah ini. Sangat jimat. Sebab semua bahan da ada. Ops, reben je, tapi tu pun dalam rm1.40 segulung. Segulung je pun guna tadi.

Ni masa in the making... Segala macam benda keluar.. Berterabur sebab nak cari sumthing yang boleh di suaipadan.


Maka ini lah hasilnya. Cantik tak? huhu...


 Oklah ni.. Aga-agak da lepas majlis, boleh lagi guna as kerongsang. Lelaki ke perempuan dapan yang sama je. Tak ada beza. Senang sikit. Rosette DIY ni jimat. Kalau beli, saya survey aritu yang paling murah adalah RM7.90 untuk 9pcs. 100pcs, dah RM90 lebih kurang. 

Bagi pengantin bajet macam saya ni, DIY adalah sangat bagus. boleh asah skill kreativiti juga. Cuma, kena mula dari awal la. So, tak adalah nanti kelam kabut kan. Masa sangat penting. Huhu...


Selamat ber'DIY'...!!!


Nota kakitangan : seharian juga nak siap. tapi puas hati. So, boleh tick dalam checklist da.

Sunday, June 23, 2013

Projek DIY : Bunga felt 1

Salam...
Lama dah tak update blog. Berhabuk dah ni ha. Kena wat spring cleaning ni.

Ok, arini saya nak update pasal bunga felt yang saya buat. Masa 'search' diy barang2 kahwin, jumpa plak tutorial pasal bunga felt. Memandangkan kain2 felt untuk kraf tu ada lagi dan masih tak ada idea nak wat ape, maka saya pun start la wat bunga felt. Untuk ape bunga tu masih difikirkan. Buat je dulu, kemudian fikir.. Haha..

Ok, ni cara nak buatnya, dapat dari sini.

1. Potong kain felt dalam 2.3 in lebar. Panjang dia 1 potong kain 7cm. Macam kain saya ni x sampai A4 saiz pun, jadi saya amik panjang 21cm. le dapat 3 kuntum. 



2.  Pastu, lipat dua dan cucuk jarum pada hujung lipatan.



3. Next, potong kain tu dalam anggaran 1cm. Jangan potong sampai habis pula. Potong dalam 3/4 macam tu. 


4. Untuk setiap kuntum, amik dalam 7 bilah tu (bilah ke? fail kosa kata... huhu)..  1 cm satu kelopak, ni sebabnya saya amik 7cm panjang tuk setiap kuntum.



5. Jahit jelujur, tapi ingat jangan matikan lagi hujungnya. Ingat, Jangan matikan hujungnya lagi.



6. Bawak jarum tu ke permulaan. Pun sama, jangan matikan benang lagi.



 7. Tarik benang tu ketat2, bagi jadi bentuk bunga. Part ni kena pandai ckit. Sebab yang starting benang tu, mgkin x ikut kedut sekali.. So, tarik dulu benang, then baru tarik jarum tu, lagi mudah kot. Ikut kreativiti okeyh.. dah, konfirm ketat, baru matikan benang.


8. Lastly, taraa... jadi da bunga.



Ni saya buat warna biru dan putih. Tema pun biru, so yang kaler lain tu kena letak tepi dulu. huhu.


Bunga ni mungkin saya buat untuk bunga rosette tuk letak kat dada. masih belum finalize. Terpulang pada keadaan.

notakakitangan : Boleh buat bunga je dulu, gam tembak x bawak balik, tinggal kat umah sewa. So, kena kiv dulu. Huwaa...


Assalamualaikum..

Ini adalah post pertama bagi blog ini.
Asalnya nak buat projek kawen di blog yg pertama, Tinta Biru, tapi blog tu ada masalah, akhirnya tutup terus. So, saya mulakan kerja projek saya di blog ni. Mulakan semuanya dari mula.

Selamat berblogging.

Nota kakitangan : Harap saya dapat merajinkan diri menaip dan menge'post'. tq.