Monday, June 24, 2013

Projek DIY : Bunga Felt 2 : Rosette

Assalamualaikum...

Hari ni nak cite pasal rozette penanggah. Ingat lagi tak pasal bunga felt aritu? Yang kat sini
Tadi duk kemas-kemas, mak pun suh siapkan. Memang nak jadikan rosette penanggah pun, cuma tak tau nak potong cantum dengan ape.

Akhirnya tadi duk brainstorm dengan mak and adikku atie, sambil-sambil menggogek-gogek (betulke? Haha... Kurang kosakata). Mula-mula nak guna button taruk kat tengah, tapi masa g survey aritu, ase cam mahal je.. Haha.. pengantin bajet memang camtu...

Bile da camtu, nak tampal kain felt je kat tengah. Potong bulat-bulat. Tapi felt biru abis pulak. Aritu memang da g KL, tapi bukan rezeki kut, maka tak sempat ke daiso, beli kain felt... Daiso, sebab selepas di timbang-timbang, kat situ paling murah.
  
Jadinya, tadi mak pun sibuk bagi idea juga. Cari punya cari, jumpa manik kristal mak. Manik ni lebih-lebih hasil masa mak tengah musim bunga manik kristal dulu. Kira-kira, ada 100++. Ok, Cukup.

Lepas tu godek-godek cari reben, sebab koleksi kat umah ni ada sikit je, cuba-cuba, macam cantik lak.

Yang keronsang tu memang da ada, lebih masa tunang aritu. 

Dikumpul-kumpul semua, maka dapatlah ini. Sangat jimat. Sebab semua bahan da ada. Ops, reben je, tapi tu pun dalam rm1.40 segulung. Segulung je pun guna tadi.

Ni masa in the making... Segala macam benda keluar.. Berterabur sebab nak cari sumthing yang boleh di suaipadan.


Maka ini lah hasilnya. Cantik tak? huhu...


 Oklah ni.. Aga-agak da lepas majlis, boleh lagi guna as kerongsang. Lelaki ke perempuan dapan yang sama je. Tak ada beza. Senang sikit. Rosette DIY ni jimat. Kalau beli, saya survey aritu yang paling murah adalah RM7.90 untuk 9pcs. 100pcs, dah RM90 lebih kurang. 

Bagi pengantin bajet macam saya ni, DIY adalah sangat bagus. boleh asah skill kreativiti juga. Cuma, kena mula dari awal la. So, tak adalah nanti kelam kabut kan. Masa sangat penting. Huhu...


Selamat ber'DIY'...!!!


Nota kakitangan : seharian juga nak siap. tapi puas hati. So, boleh tick dalam checklist da.

No comments:

Post a Comment