Selalu jenguk tapi idea menulis takde..
Draft berderet.. 🤭
Hari ni nak cakap pasal stress masa mengandung...
Stress datang dari macam-macam punca..
Salah satunya dari si suami..
Memang masa mengandung ni mood si isteri memang Haywire...
Jadi, memang salah sikit, nak marah, nak terasa hati, nak merajuk..
Tak boleh dielakkan..
Lagi kesian kalau si suami jenis kuat merajuk jugak...😭
Kena ingat bila si isteri stress macam-macam boleh jadi pada kandungan..
Tekanan darah naik
Fetal distress
Keguguran
Bahi meninggal dalam kandungan
Jadi, sebaiknya cari solusi pada masalah ni..
Kalau si suami jenis tak kisah, lebih baik jauhkan diri dari suami... Tak jumpa lagi baik dari duk bercekau je.. takpe, nanti lepas bersalin & berpantang, boleh sambung balik..
Kalau si suami jenis pemarah pun sama, duk jauh2 dulu sementara ni..
Sebenarnya masa kehamilan memangg perlukan suami di sisi, tapi pengurusan emosi pun mainkan peranan untuk kesihatan ibu & bayi.. yang paling penting bayi dalam kandungan la...🥰🥰
Panjang lak bebel... Hehe..
Esok, 10/12/2019 due, mommy & abah ihsan dah start stress sebab baby belum nak keluar lagi.. tanda pun takda..
Terus terang, nyesal pulak amik cuti awal..
Mommy ihsan amik cuti awal, start 5/12/2019.. sebab abah ihsan 'terpaksa' amik plan leave 4/12/2019, ingat ihsan keluar awal...
So, sekarang mereput la kat kampung ni.. kitorang balik kampung sebab plan nak bersalin kat temerloh. Last minute tukar plan sebab ihsan tak keluar- keluar lagi.. risau kut kena induce ke czer ke, dekat sikit dari hospital nak balik ke rumah.. plan asal kan nak beraalin kat KL, lepas keluar hospital terus balik berpantang kat Temerloh. Tapi tu lah, kita hanya merancang...
Sejak balik 5/12/2019 haritu, mommy ihsan memg pulun habis-habisan praktis tips untuk natural induce.. tapi abah ihsan pulak takde apa nak dibuat.. jadi mati kutu dia kat kampung ni.. dia pulak stress sebab tak tau nak buat apa.. bila dia stress, mommy la jadi mangsa, sampai mommy pun ikut stress.. so, sekarang rasa macam lebih baik la mommy ihsan tak patah cuti, kerja je macam biasa sampai hari setah diri... 😅
By the way, ni qpa yang mommy ihsan buat sepanjang cuti ni..
1. Makan nenas & minum jus nenas (tak tahan gatal lidah & luka mulut bila makan buah je), ni start minggu ke-37
2. Birth ball practice - boleh refer latihan dia kat YouTube.. sambil tengok tv atau main hp, sambil buat.. ni memang sungguh-sungguh buat start cuti haritu..
3. Minum raspberry tea leaves - ni start minggu ke 36. Mula-mula 1x sehari, makin dekat due, tambah sikit2 jadi 3-4x.
4. Berjalan @ brisk walk. Hari-hari amik masa untuk jalan-jalan. Kalau ada mesin Treadmill tu, sila fully utilize penggunaan dia.. tapi kalau jenis nak release tension, boleh la pi jalan kat mall ke taman ke, tak pun jalan keliling rumah je.. ni masa kerja hariyu, memang dah buat.. pusing-pusing mall hari-hari.. dapat 20min sehari pun jadi la... Mall kan sejuk, cepat nak kencing walaupun berpeluh(ni orang pregnant je faham), toilet mall pulak takde pili, jadi sekejap je daat pusing, pastu kita balik opis cari toilet..
5. Squat @ ketuk ketampi @ jalan itik. Ni kena rajin buat jugak. Sehari buat la 10kali x beberapa repetition. Ni jarang buat.. dapat 10x pun ok dah rasanya.. kekadang daatla 30x..
6. Rajin-rajin buang air kecik supaya laluan baby tak terhalang.. kadang-kadang memang rasa surge nak buang air tu... Kadang-kadang tak rasa.. jadi selalu-selalu lah buat lawatan ke toilet..
7. Makan buah, sayur & air putih untuk mudahkan proses buang air besar. Kalau ada masalah sembelit pun boleh halang laluan baby.. biar usus tu sentiasa kosong.. nak beranak nanti pun kena kosongkan usus.. sekali jalan lah...
8. Rajin @ lamakan sujud supaya baby turun & masuk laluan cepat. Bolehlah nak tambah dengan solat hajat, dhuha & ganti..
9. Zikir-zikir. Ni nanti kita buat bab lain.. sebab banyak jugak zikir untuk diamalkan.
10. Cara @ postur duduk. Jangan menyandar supaya baby menghadap ke belakang. Bukan ke hadapan. Boleh google anterior position. Ni posisi yang tak menekan tulang belakang, & yang sepatutnya untuk baby keluar.
Tu je kot yang mommy ihsan mampu buat.. ada je tips lain..👇
1. Sentiasa bersama untuk produce hormon oxytoxin. Prostaglandin dari sperma plak akan bantu dilate serviks.
2. Minta suami urut payudara untuk naikkan hormon oxytocin.
3. Urutan perineum. Tapi ni lebih kepada nak lembutkan bukaan vagina untuk elakkkan koyakan @ gunting perineum nanti.
So, nanti kita sambung topik lain pulak.
Yang penting buat semua ibu adalah hormon oxytoxin.. jadi pastikan sentiasa dalam keadaan gembira & elakkan stress ye!!!
No comments:
Post a Comment